Pelamin Cun From Cute Mak Andam + Kaki umpat =|
Pejam celik2x sudah beberapa bulan berkahwin dan masih tak percaya saya isteri orang juga pengalaman seperti tajuk di entri ini tidak akan ku lupakan sampai bila-bila -_-
Al kisah, nak pilih pelamin punya pilih pening sampai lah survey harga dan jumpa terus book dah jadi rezeki bridal tersebut.
Setakat pencarian tu alhamdulilah bridal tersebut oke dan boleh dipercayai dan hasil kerja pelamin yang memuaskan hati.
Part yang tak oke dimana staf pemasangan pelamin tu tersilap langkah mengangkat besi tirai sampai lah terkena kipas syiling rumah family i! Panas hati jugak sebab dah rosakkan kipas orang boleh pulak dia buat tak tahu.
Part kedua, staff dia ambil barang kita tanpa meminta! Dan pecah kan kaca doorgift from paperbag i youuu . Maka Berkecai lah di atas lantai dan sudah dibersihkan staff oleh dia. Kira ok lagi la..
Part ketiga, ketika saya menghubungi mak andam untuk bertanyakan berkenaan baju pengantin, saya disapa dingin melalui telefon yang dijawab adikknya. Sungguh kurang sopan keluarga tersebut.
Part keempat, yang paling saya benci ialah kaki mengumpat!! Sepanjang sesi make up selama hampir sejam, mak andam tersebut sibuk mengumpat kawan-kawan terdekat dia @ senang cerita mengumpat members from dunia bridal sekelilingya! saya pun dia umpat -_-!
Ada beberapa kali tertengok upload di facebook bersama rakan seangkatannya, mesra no fake tapi belakang-belakang dia kutuk.
Tak faham spesis yang suka mengumpat ni!
Ini pendapat saya, maaf jika ada yang terasa, majlis perkahwinan dulu tidak seperti sekarang. Kalau dulu mak amdam setia menemani kita, tapi sekarang berlainan kan. Bagi saya itu normal tak ada masalah :)
Tak salah dalam sehari ambil job banyak, syukur alhamdulilah itu rezeki yang allah kurniakan, tapi biar lah kena dengan masa pelanggan lain dan haruslah mengutamakan keselesaan pelanggan semasa bersama kita. In case, terkejar-kejar untuk ke 2-3 next event plus jalan jem pelanggan jadi mangsa, kesian tau ;(
Syukur alhamdulilah majlis berjalan lancar dengan jayanya, saya harap jika ada andaman yang terbaca entri ini tidak salah faham dengan apa yang saya cuba sampaikan.
Sesungguhnya baik datang dari Allah swt dan yang buruk datang dari saya.
Sekian :)
No comments:
Post a Comment