Thursday, January 8, 2015

belut liar



Selepas pencen abah banyak by menghabiskan masa dengan kerja kampung seperti menternak biri-biri,ayam,burung and now beralih kepada lembu. Abah pernah bela kuda, diana namanya, tapi sayang die already. Kerja sampingan abah ialah belut liar hunter hihihi

 Sepertimana yang kita tahu, belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan khasiatnya seperti ikan tenggiri dan selar yang mengandungi 18.6% protein dan 15% lemak, kalsium,vitamin B, D dan zat besi.

Belut juga membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Jika diamalkan memakannya selalu, insyallah boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Kebiasaanya abah menangkap belut di sawah-sawah terbiar di sekitar kampung dan belut selalunya sudah bertuan juga ditempah oleh kedai-kedai makan dan orang kampung serta pelanggan dari daerah lain.

Harga belut yang ditangkap berbeza berbanding belut yang diternak kerana belut liar lebih banyak khasiatnya sebab ianya hidup di dalam air tawar dan habitat semula jadi.

Harga belut sawah yang abah jual siap dipotong dan sekaligus dibersihkan kebiasaanya RM22 sekilogram. 
Ada sesetengah restaurant cuba tawar menawar dengan harga tak masuk akal iaitu rm12 per kg, harga tersebut tidak padan dengan kudrat mencari belut dan ingin saya tegaskan disini ialah khasiat belut liar tidak sama dengan belut yang dibela! 

No comments:

Post a Comment