Saturday, April 18, 2015

Owner & agent yang bermasalah .



Kami menyewa di suatu tempat di Kuala Lumpur, dimana berdekatan dengan lrt .
Harga sewa agak mahal walhal hanya rumah flat dan 4th floor without lift oke and free parking which is kalau ada park aje if not merata-rata la jawabnya 💁
Adat la sewa mahal sebab under agent kan , terpaksa grab sebab rushing time .
Apa yang agent janjikan ialah rumah tersebut katanya baru renovate . 
Bila sampai memang bukan 100% renovate dan ada yang rosak sini sana 👹
Bila mengadu diam seribu bahasa .
Owner pun sama kaki klentong , bila bercakap mata xpandang kita sebab syok sangat 
Duk spin cerita 🙊
Da macam nenek-nenek dah tapi penipu lagi kurang adab, kesian pulak.
Ada ke patut saya tak dibenarkan bawa masuk kawan-kawan atau ramai orang 
Dalam rumah sendiri sedangkan saya dan suami sudah berkeluarga.
Katanya dah ada tercatat dalam kontrak perjanjian. Nenek ni tak suka ramai orang dalam rumah dia sebab dia trauma rumah dia rosak disebabkan penyewa lama .
Terlalu sakit hati dengan agent dan penyewa lama dia saya pulak tempat dia lepaskan geram, 
Berfikiran sempit dan tak positif macamni selalunya hidup tak tenteram and susah hati.
First pindah dulu jiran ada bertanya sewa which one , bila cakap reaksi mereka lain macam. 
Now i dah tahu 👍
Actually i tak faham dengan spesis penipu dan suka tuduh membuta tuli , kenapa wujud orang macamni ya?
Nenek kebayan ni jugak tak percaya i dah kawin, i tergelak sinis and tunjuk kad kawin dia macam malu besar!  😆 
Katenya lagi dah jumpa ni baru tahu Both of us tak puas hati, i just cakap macik saya tak de tak puas  hati and nak buruk sangka dekat sape-sape setakat ni, yang saya nampak macik aje. Dia terdiam .
and dia mintak maaf . Manusia macamni senangkan dah sakitkan hati kita tuduh macam-macam
Lastly mintak maaf . Tiba-tiba terfikir halal ke duit sewa yang setiap bulan yang i bayar tu? 
Seriusly BODOH SOMBONG 🙊 ! 
Supposed yang tua tunjuk contoh baik kat kita yang muda tapi dia yang lagi teruk! 
Nevermind , today hari macik esok lusa wallahualam . 
Saya doakan yang baik-baik saja untuk macik .😊
Insyallah .

Monday, January 12, 2015

Logo Halal Malaysia


Dari  dulu sehingga sekarang logo-logo halal yang tidak sah bermaharajalela di pasaran Malaysia! Hal ini berleluasa untuk menempatkan produk haram ini dipasaran sewenang-wenangnya. Persoalannya kenapa kes ni berlaku? Salah siapa? Siapa yang patut membanteras??

Teringat isu halal cadbury, yang halal jadi tak halal, alih-alih halal la pulak. Sorry to say i memang tak makan dah you :/

Kebiasaanya, logo halal yang terdapat di produk di pasaraya umumnya kebanyakkan logo halal palsu yqng tidak mempunyai NO STANDARD dan NO RUJUKAN PERMOHONAN. Nampak tak permainan hebat untuk mengelirukan kita khasnya majoriti umat islam di Malaysia!

Pelamin Cun From Cute Mak Andam + Kaki umpat =|

Pejam celik2x sudah beberapa bulan berkahwin dan masih tak percaya saya isteri orang juga pengalaman seperti tajuk di entri ini tidak akan ku lupakan sampai bila-bila -_-
Al kisah, nak pilih pelamin punya pilih pening sampai lah survey harga dan jumpa terus book dah jadi rezeki bridal tersebut.
Setakat pencarian tu alhamdulilah bridal tersebut oke dan boleh dipercayai dan hasil kerja pelamin yang memuaskan hati.
Part yang tak oke dimana staf pemasangan pelamin tu tersilap langkah mengangkat besi tirai sampai lah terkena kipas syiling rumah family i!  Panas hati jugak sebab dah rosakkan kipas orang boleh pulak dia buat tak tahu.
Part kedua, staff dia ambil barang kita tanpa meminta! Dan pecah kan kaca doorgift from paperbag i youuu . Maka Berkecai lah di atas lantai dan sudah dibersihkan staff oleh dia. Kira ok lagi la..
Part ketiga, ketika saya menghubungi mak andam untuk bertanyakan berkenaan baju pengantin, saya disapa dingin melalui telefon yang dijawab adikknya. Sungguh kurang sopan keluarga tersebut. 
Part keempat, yang paling saya benci ialah kaki mengumpat!! Sepanjang sesi make up selama hampir sejam, mak andam tersebut sibuk mengumpat kawan-kawan terdekat dia @ senang cerita mengumpat members from dunia bridal sekelilingya! saya pun dia umpat -_-! 
Ada beberapa kali tertengok upload di facebook bersama rakan seangkatannya, mesra no fake tapi belakang-belakang dia kutuk.
 Tak faham spesis yang suka mengumpat ni!

Ini pendapat saya, maaf jika ada yang terasa, majlis perkahwinan dulu tidak seperti sekarang. Kalau dulu mak amdam setia menemani kita, tapi sekarang berlainan kan. Bagi saya itu normal tak ada masalah :)
Tak salah dalam sehari ambil job banyak, syukur alhamdulilah itu rezeki yang allah kurniakan, tapi biar lah kena dengan masa pelanggan lain dan haruslah mengutamakan keselesaan pelanggan semasa bersama kita. In case, terkejar-kejar untuk ke 2-3 next event plus jalan jem pelanggan jadi mangsa, kesian tau ;(

Syukur alhamdulilah majlis berjalan lancar dengan jayanya, saya harap jika ada andaman yang terbaca entri ini tidak salah faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. 
Sesungguhnya baik datang dari Allah swt dan yang buruk datang dari saya.
Sekian :)

Suamiku Busy 24 Jam


+- Real same with this situation

Sedihnya tengok encik husband keletihan dek kerja yang bertimbun :(  
As usual, bila balik dari offshore beliau auto busy untuk siapkan report.  Tak sempat bercuti pun, tiada istilah cuti berehat gamaknya.
Dah beberapa bulan kahwin ni belum sempat kami bercuti bersama,  sedih mak nokkkkk :/
Sabar je lah. Saya kan isteri mithali yang cool. Entah sampai bila benda ni akan berpanjangan. Kuatkan lah semangat ku ya Allah. 
Syukur alhamdulilah, even he got ekstrem busy life beliau tetap mengutamakan tanggunjawabnya sebagai seorang suami dan anak yang sentiasa mengambil berat terhadap our parents.
Kalau ada masa terluang mestilah ada ganguan pulak, alahai tak boleh tengok orang senang sikit bakk ang >_<!
Orang lain pun bekeluarga jugak agak-agak la! Hmm
Kerja kerja kerja.. Talking about work, Dapat kerja gov xkasi pulak. Alasan xmo stay jauh-jauh..sejujurnya saya tak suka stay dimana tempat saya belajar dulu. But now saya menetap kat sini jugak, so sad you know :(
Speaking ialah kelemahan utama! Maybe im good in writting but not in speaking. nowadays, nak bekerja speaking first, if tak boleh peluang memang tipis nak dapat. TAk macam jepun hargai rakyat dia dengan agungkan bahasa mereka sendiri jadi kelebihan dan kemahiran mereka bekerja dinilai tinggi bukan dengan memandang kemahiran berbahasa asing. RESPECT! 
Dah banyak tawaran kerja dari sektor swasta saya dapat tapi terpaksa tolak sebab kurang yakin berbahasa inggeris, sebelum ni di oil and gas company saya mengaku tidak fasih berbahasa inggeris tapi memahaminya dan multi task alhamdulilah saya diterima dan dinaikkan gaji tanpa disangka-sangka.
Mungkin rezeki orang nak kahwin kot hihi. 
Kepada encik suami with crazy busy life network, keep struggling to chase what you want! I know your dream come true soon. Insyallah, amin :)

Saturday, January 10, 2015

Tsunami tanpa ombak


Umum seperti yang kita tahu, banjir besar telah melanda beberapa negeri di Malaysia, especially banjir teruk di Kelantan.
Keluarga saya turut terkena tempiasnya, tetapi syukur alhamdulilah tidaklah seteruk di Manek Urai dan Gua Musang.
Cabang 4 Tunjung, Wakaf Che Yeh

Kawasan ni berdekatan dengan rumah abang ipar saya and yes rumah dia dinaiki air 😱 alhamdulilah kereta dan motor sempat diselamatkan.

Tesco
Air sungai Kelantan yang melimpah di sebelah tesco membanjiri perkarangan tesco dan kawasan sekitarnya.

KB mall

Kawasan bawah KB Mall ditenggelami air dan mengalami kerosakkan air-cond. Memang berpeluh 😂 dari tingkat bawah sampai atas tau x ! 

Ada hikmah disebalik kejadian tsunami kecil yang x berombak ni, mungkin kita lalai dan lupa kepadanya. Semoga mangsa banjir tabah menghadapi musibah banjir kali ini.




belut masak tempoyak


Jom masak belut masak tempoyak ilham via aunty azie kitchen resipi  ikan patin masak tempoyak, resipi sama shj cuma tukar ikan aje :)
Bahan-bahan:
Belut
Daun kesum (tak letak pun)
*Sebiji cili merah
*6 biji Cili padi 
*1 inci kunyit
*tempoyak
*Sedikit air
Kisar bahan bertanda*
Masukkan kedalam periuk dan panaskan dengan api kecil selama 2-3 minit, dan masukkan belut biarkan seketika dan siap untuk dihidang bersama nasi panas dan sambal belacan.
Selamat mencuba :)! 

Ayam Percik Putih Kelantan


Dulu, sudah jadi kemestiaan arwah mek buat ayam percik ni, especially di bulan ramadhan. Dari anaknya hingalah ke cucu menggemari akan masakkan ayam percik arwah. Kami semua akan berkumpul di rumah arwah untuk berbuka puasa bersama-sama, pelbagai juadah dihidangkan. Seronok sangat!
Saya rindu masakan arwah yang sangat sedap! 
Al-fatihah. 
Well, saya teringin nak makan menu tersebut dan harini im do it. Yeah!
Im hope my husband love it
Hihihihi
Oke kali ni saya guna vantage cookware.
Bahan-bahan:
5-6 ketul ayam
1/2 inci Halia*
5 ulas bawang merah*
2 cawan Santan*
1 batang serai
Garam
Gula
Sekeping asam keping
Items bertanda * di blend
Perap ayam bersama halia, bawang merah dan garam selama setengah jam.
Kemudian, susun ke dalam pemanggang dan guna api kecil sehingga masak.

Untuk kuah, masakkan bahan yang di blend tadi, masukkan asam keping dan ketuk serai dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa.


Lumur kuah percik ke atas ayam sehingga habis dan siap :)

Saya suka kuah yang banyak, jadi saya tinggalkan kuah yang berlebihan untuk dimakan dengan nasi nanti.
Selamat mencuba!