Dulu, sudah jadi kemestiaan arwah mek buat ayam percik ni, especially di bulan ramadhan. Dari anaknya hingalah ke cucu menggemari akan masakkan ayam percik arwah. Kami semua akan berkumpul di rumah arwah untuk berbuka puasa bersama-sama, pelbagai juadah dihidangkan. Seronok sangat!
Saya rindu masakan arwah yang sangat sedap!
Al-fatihah.
Well, saya teringin nak makan menu tersebut dan harini im do it. Yeah!
Im hope my husband love it
Hihihihi
Oke kali ni saya guna vantage cookware.
Bahan-bahan:
5-6 ketul ayam
1/2 inci Halia*
5 ulas bawang merah*
2 cawan Santan*
1 batang serai
Garam
Gula
Sekeping asam keping
Items bertanda * di blend
Perap ayam bersama halia, bawang merah dan garam selama setengah jam.
Kemudian, susun ke dalam pemanggang dan guna api kecil sehingga masak.
Untuk kuah, masakkan bahan yang di blend tadi, masukkan asam keping dan ketuk serai dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa.
Lumur kuah percik ke atas ayam sehingga habis dan siap :)
Saya suka kuah yang banyak, jadi saya tinggalkan kuah yang berlebihan untuk dimakan dengan nasi nanti.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment